Thursday, July 7, 2011

will you be my friend???


hye semua...okeyh...update lagi...actually,nadya kecewa sket nie...almaklumla...x pat makan kerang ari nie...p pasar malam tapi org yg jual kerang tue x dtg meniaga plak malam nie...sedeyh taw...huk3...okeyh...lupekan sal kerang...ptg tdi nadya ada dgr radio...THR GEGAR...pantai timur punye...dorang duk bincang tentang satu isu nie...nak tahu apa dia???okeyh...sal perasaan korang bile partner korg still kwan ngan ex- dorang...


heeee...apa macam geng??? apa pandangan korang tentang nie...ce bg feedback sket...srnok jugak nie...macam2 feedback dri pendengar2 radio tadi haaa...

feedback 1: of coz la cemburu...apsal nk contact blik ngan ex tue...dh break up watpe nk contact2 ag...


feedback 2: i x kisah lau partner i contact ngan ex dye...as long as dye setia n x main kayu tiga ngan i...


feedback 3: kisah la jugak...tapi lau i thu dye still berhubung n dye bgtau i,xpe la...jgn dye rahsiakan sudah la...


macam2 lagi feedback yg dorang dapat...tapi lau nadya plak...ermmm...nadya x kisah lau bf nadya still kawan lagi ngan ex dye...lagipun dye kenal ex dye dlu sblm nadya kan...so,br jek la dye nk kawan2...sebelum dorg couple pun,dorg start dari kwan jugak kan...apsal nk bermusuh n x jadik kwan lagi dh bile dh clash...knp?sebab dh xde prasaan syg n cinta,so xleyh kwan lagi dah...n sebab dh ada gf/bf bru,so xleyh nk kwan ngan org len...cm tue ek???... uissshhhh...x patut la macam tue...biarla dorg nk kwan pun...setakat kwan jek pun...dan bila dh bg kepercayaan tue,jgn plak salah gunakan...


pada nadya la kan,bf/ gf kita tue just setakat bf/gf jek pun lagi...dorg bukan dh ada ikatan ngan kita utk kita control setiap pergerakan dorgkan...dorg pun nak ada kebebasan utk berkwan...coz nadya sendri nak kan kebebasan tue...korg nak ke kebebasan korg utk berkawan di sekat??? of coz la xnak kan...x cemburu ke???of coz la nadya cemburu...tapi control la prasaan tue...percaya la kat pasangan sendri kan...lau xde kepercayaan,watpe nk couple...tol x???


okeyh...tue la pndgan nadya...as long as dorg still thu jaga batas2 kwan...nadya okeyh jek...tapi lau dh xde jodoh,apa boleyh kata lagi...time jek la seadanya...ngeh3...tak gituew...kan3...heeeeee...doakan yg terbaik utk diri sendri n org lain jugak...


all the best!!!!



Enjoy Your Reading My dear! ^__^

Khas untuk mu Wanita




salam semua n selamat ptg...nadya bru dpat balik kerusi nadya nie...bukan hilang yek...tapi kne conquered kat kucing nadya...sibuk jek dye tue nk lepak2 n tdo2 kat atas krusi nadya nie...payah nadya nk ngadap lappy taw...sabo jek la...nasib baik ko comey wahai kucing ku...heeee...


okeyh...hari nie nadya nak share something yang nadya bce dari mediasiber.com... bila kita dh bce tue kan,dapat la sikit info...so,pe kata kte kongsi ramai2...pada sape2 yg nak info yg lebey ley la jenguk2 ke sana k...


sebenarnya untung kita dilahirkan sebagai wanita nie...banyak kelebihannya...salah satu nya,kita kaum wanita boleh pilih suami kita di syurga nanti...macam mana??? okeyh jom bce...

*
*
*
*
*
*
*





Kes 1: Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin
Wanita dalam golongan ini akan dikahwinkan dengan seorang lelaki di kalangan Ahli Syurga. Rasulullah s.a.w bersabda: “Tiada si bujang di dalam syurga” (H.R. Muslim). Ini kerana ada juga kaum lelaki yang belum berkahwin sebelum meninggal dunia.
Kes 2: Wanita yang meninggal dunia setelah bercerai dan tidak berkahwin dengan lelaki lain selepas itu.
Wanita dalam golongan ini juga akan dikahwinkan oleh Allah s.w.t dengan lelaki daripada Ahli Syurga.
Kes 3: Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak memasuki syurga.
Seperti kes 2, wanita dalam golongan ini juga akan mengahwini lelaki daripada Ahli Syurga.
Kes 4: Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
Wanita dalam golongan ini akan bersama suami mereka masing-masing asalkan suaminya memasuki syurga.
Kes 5: Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin selepas itu.
Seperti kes 4, Wanita dalam golongan ini akan bersama suami mereka masing-masing asalkan suaminya yang meninggal tersebut memasuki syurga.
Kes 6: Wanita yang kematian suami tetapi berkahwin dengan lelaki lain.
Apabila seorang wanita ketika di dunia memiliki dua atau lebih suami, maka kelak di syurga dia dipersilakan untuk memilih siapa di antara suami-suaminya yang dia inginkan untuk menjadi pendampingnya di syurga, asalkan suaminya itu tergolong dari Ahli Syurga. Satu lagi pendapat mengatakan bahawa dia akan bersama suaminya yang terakhir. Ini disebut oleh hadith Rasulullah: “Wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir” (H.R. Al-Albani)

haaaa...skrg korg dh thu kan...pastinya semua umat islam ingin jadik ahli syurga kan...sama jugak ngan nadya...jadi marilah kita sama2 berusaha ke arah itu...InsyaALLAH...



Enjoy Your Reading My dear! ^__^

Tuesday, July 5, 2011

10 Wanita Kejam Didunia




hye semua...ari nie nadya nak share info sket..mungkin ada yang dh tahu & mungkin jugak x tahu kan...nadya dpat info nie dari satu blog nie...Segalanya Disini... korang ley la jenguk2 blog nie yek...byk info2 menarik...okeyh jom bercerita tentang 10 Wanita yang kejam kat dunia...dasyat kan...


wanita yang pertama : Jiang Qing 1914 – 1991
  
merupakan isteri kepada Mao Tse-tung iaitu seorang diktator komunis di China... beliau dikenali kerana kepintarannya dalam menyusun gerakan dan mendapatkan posisi yang paling berkuasa didalam parti komunis (berkuasa seperti Presiden)... Beliau juga dipercayai adalah dalang disebalik Revolusi Budaya Cina (dimana dia menjadi wakil pemimpin)... Jutaan masyarakat di Cina telah dilaporkan mengalami penyeksaan hak-hak asasi selama Revolusi Budaya dan jutaan yg lain juga dipecat secara paksa... Jumlah korban kematian, sama ada  orang barat dan orang timur sekitar 500.000 dalam kekacauan pada tahun 1966-1969 tetapi perkiraan tersebut naik menjadi 3 juta dari 36 juta orang yang dianiaya...


wanita yang kedua : Elizabeth I of England 1533 – 1603



mangsa korban beliau adalah ribuan orang...Elizabeth I, dalam pemerintahan untuk menindas fahaman Katolik, ribuan penganut Katolik di Inggeris dibunuh...dia hanya berkelakuan  baik untuk kehormatan parlimen, dan juga merupakan raja yang kejam... Selain itu, Elizabeth memberikan Queen Mary of Scots tempat perlindungan, kemudian mengkhianatinya dan meletakkan dia didalam penjara selama hampir 19 tahun, lalu membunuh dia...beliau  juga adalah dalang rompakan melawan kapal-kapal Sepanyol dan penukaran budak...


wanita yang ketiga : Elena Ceauşescu 1916 – 1989



Elena Ceauşescu merupakan orang Romania yang menyatakan diri sebagai ilmuwan, isteri dari pemimpin komunis Romania Nicolae Ceauşescu, dan wakil perdana menteri Romania... Romania menyatakan bahawa Elena Ceauşescu bertanggungjawab atas pembebasan dari kawalan kelahiran yang telah mencipta krisis dari tahun 1970-1980an, dan menghasilkan kebanjiran bayi yang tidak diinginkan... Bayi-bayi, dan anak-anak tersebut akhirnya tinggal di tempat yatim piatu...beliau juga mengetuai komisi kesihatan lingkungan, dimana dia menyangkal adanya AIDS di Romania, yang merupakan salah satu kuasa paling besar didunia barat...beliau juga bertanggungjawab atas kehancuran gereja-gereja dan pendistribusian makanan yang pada tahun 1980an yang terletak di Romania...beliau akhirnya dihukum bunuh atas kejahatannya yang melawan kemanusiaan dan semasa hukumannya berlangsung, dia berteriak “pergilah ke neraka” ketika itu...


wanita ketiga : Phoolan Devi 1963 – 2001



seramai lebih 22 0rang menjadi mangsa beliau...Phoolan Devi adalan perompak bersenjata di India yang pernah menjadi ahli politik... Pada 1970an dia diculik dan akhirnya bergabung dengan mereka untuk melakukan kejahatan...dia pernah diperkosa oleh sekumpulan lelaki di Behmai dan memilih untuk lari dan meneruskan hidupnya untuk melakukan kejahatan, merompak dari orang-orang kaya...akhirnya dia kembali ke Behmai dan memerintahkan semua lelaki untuk berbaris dan menembak mereka semua...seramai 22 orang lelaki terbunuh...dia akhirnya ditangkap dan menghabiskan masa 11 tahun dipenjara... Dia masuk kedalam dunia politik, tetapi hanya dalam waktu yang singkat kerana adanya pemberontakan...Pada tahun 1998, Phoolan Devi dinominasikan untuk mendapatkan penghargaan Nobel oleh beberapa anggota parlimen Inggeris... Pada tahun 2001, dia dibunuh oleh seorang lelaki dalam usaha balas dendam atas pembunuhan yang ia lakukan di Behmai....


wanita kelima : Rosemary West 1953



mempunyai korban seramai 12 orang..Bersama suaminya Fred, Rosemary West dipercaya telah menyeksa dan membunuh 12 wanita muda... Pada ogos 1992 Fred West ditangkap setelah dituduh memperkosa anaknya yang berumur 13 tahun sebanyak 3 kali, dan Rosemary West ditangkap atas kekejaman terhadap anak... West mengembangkan kebiasaan untuk mengambil anak-anak perempuan dari perhentian bas disekitar Gloucester, Inggeris dan memenjarakan mereka dirumah mereka untuk beberapa hari sebelum membunuhnya... West mempunyai nafsu seks yang besar sekali dan menikmati perkosaan secara ekstrem dan seks sadomasocithistic... Rosemary adalah seorang biseksual dan banyak mangsa mereka menjadi korban-korban untuk kepuasan seks dia dan suaminya... West juga bekerja sebagai pelacur... Dua dari anak mereka adalah anak dari kliennya... West adalah salah satu dari hanya dua wanita yang pernah dihukum mati dipenjara di UK (yang lainnya adalah Myra Hindley yang sudah meninggal saat ini)


wanita keenam : Delphine LaLaurie 1775 – 1842



korban mangsa seramai 10 orang...LaLaurie adalah kaum sosialis yang kejam yang tinggal di New Orleans... Rumahnya agak seram... Pada 10 April 1834, kebakaran terjadi di dapur dan org ramai yg cuba memadamkan kebakaran menemui 2 budak yang dirantai pada dapur, dimana diyakini merekalah yang memulakan kebakaran untuk mendapatkan perhatian... org2 tadi dibawa oleh budak yang lain menuju ke loteng dimana terdapat benda yang lebih mengejutkan... Lebih dari satu dozen budak cacat dirantai di tembok atau lantai... mereka dikatakan  menjadi subjek untuk percubaan ubat yang mengerikan... terdapat seorang lelaki digunakan sebagai pertukaran seks yang ganjil, seorang wanita dikurung di kandang yang kecil dengan lengannya yang rosak dan wanita lainnya tanpa tangan dan kaki, dan adanya timbunan daging pada dirinya agar terlihat seperti ulat bulu...mulutnya dijahit dan kelaparan sampai mati, yang lainnya lagi tangannya dijahit dengan bahagian badan yang lainnya... Kebanyakan ditemui mati, tetapi beberapa orang yang masih hidup dan sebahagian daripada mereka meminta untuk dibunuh agar tidak menderita lagi... LaLaurie melarikan diri sebelum dia dihakimi dan dia tidak pernah tertangkap...


wanita ketujuh : Marybeth Tinning 1942



Antara tahun 1972 dan 1985, Tinning mempunyai 8 anak, dimana semuanya dibunuh termasuk anak angkatnya Selama waktu kematian, tiada seorang pun yang curiga bahawa dia membunuh mereka, dan justeru menyalahkan kelainan genetic... Hal ini terjadi walaupun anak angkatnya adalah anak ketujuh yang dibunuh... Dia mengaku bahawa dia mencekik anak-anaknya, tetapi kemudian dia menarik kembali pengakuan itu... Dia dihukum 20 tahun penjara, dan kedua permintaan pembebasan bersyarat ditolak...mangsa korbannya adalah seramai 9 orang...


wanita ke lapan : Dorothea Puente 1929



Dorothy Puente adalah wanita tua yang menjalankan perniagaan rumah sewa... Selama dia menjalankan perniagaan ini, dia telah perlahan-lahan membunuh orang-orang yang tinggal bersamanya seramai 9 orang dan memalsukan tanda tangan mereka untuk pemeriksaan kesihatan... Dia tidak mengizinkan penyewa-penyewa itu untuk menggunakan telefon atau surat... Dia juga akan mengambil semua wang yang dikirim untuk para penyewa itu dan menyimpannya untuk dirinya sendiri... Para korbannya biasanya sedang mabuk, dan menderita schizophrenia... Salah satu mayat yang ditemui dikebun belakang, ditemukan tanpa kepala, lengan, dan kaki... wang yang dicuri, dipakai untuk pakaian-pakaian mewah, perfume dan operasi penegangan kulit muka sebelum sebelum dia tertangkap... Puente tidak memperlihatkan kekesalan yang dalam atas kejahatan yang dia lakukan dan mendapat hukuman penjara seumur hidup...


wanita ke sembilan : Karla Homolka 1970



Korban : 3 (disyaki ada 5 org lainnya)
Karla Homolka adalah pembunuh bersiri dari Kanada yang menarik perhatian media diseluruh dunia ketika dihukum kerana membantu suaminya, Paul Bernardo untuk memperkosa dan membunuh gadis-gadis remaja, termasuk juga adiknya sendiri Tammy Homolka... Karla merakam segala perbuatan dan pembunuhan gadis muda yang dilakukan oleh suaminya, rakaman video ini digunakan sebagai bukti mereka dipengadilan dan beberapa bahagian dapat disaksikan diinternet walaupun kerajaan Kanada meminta agar video itu dihapuskan.. Yang lebih mengejutkan lagi, Homolka dibebaskan dari penjara pada tahun 2005 setelah hanya dihukum 12 tahun dan sekarang hidup di West Indies..



wanita ke sepuluh : Williamina “Minnie” Dean 1844 – 1895



Minnie Dean adalah satu-satunya wanita yang dihukum bunuh dalam sejarah New Zealand... Dia dihukum bunuh dengan tali gantung... Disebalik menyelamatkan gadis muda yang miskin, wanita iblis ini membunuh anak mereka dan mengambil wang mereka untuk meningkatkan gaya hidupnya... Pada waktu itu, wanita muda yang hamil tanpa suami dijauhi oleh masyarakat... Hal ini memunculkan suatu phenomena yang disebut “baby farming” dimana orang akan menjadi sukarela untuk mengambil anak mereka dan membesarkan mereka dengan gaji dari kerajaan... Dean adalah salah seorang pengasuh, tetapi daripada membesarkan anak-anak itu, dia membunuh mereka ketika ada kesempatan dan mengambil gaji itu... Hal mungkin dilakukan kerana pengasuh tidak wajib mendaftar sesuai hukum... Dalam banyak kes, anak-anak itu lenyap di rumah pengasuh ini... Dean membunuh paling ramai 3 orang anak tetapi banyak orang yang mengesyaki dia membunuh lebih dari itu... Saat ini, tulang dari 3 anak itu disimpan didalam muzium New Zealand...




Enjoy Your Reading My dear! ^__^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...