Saturday, October 30, 2010

Video aksi ranjang 3gp ku tersebar! =(

just nak share pndpt dri penulis blog...setiap entry yg dikarang amat berkaitan ngan muda mudi skrg...




"Kesedihan diiringi tangisan air mata penyesalan..."


Tujuan penulisan artikel ringkas ini adalah di atas dasar kasih sayang sesama Muslim dan bertujuan untuk memperingati antara satu sama lain, sesuai dengan sabda Rasulullah saw;

"..Sampaikan dariku walau satu ayat.." [-HR: Tirmidhi]

Kata pepatah "Pandai buat pandai tanggung." "Bila dah terkena, baru nak sedar."

Itulah realiti yang berlaku kepada anak muda mudi pada hari ini. Kehidupan mereka yang tidak mempunyai satu matlamat dan arah tuju di masa hadapan. Dibelai dengan kehidupan dan keseronokan duniawi barat yang menghalang dari perhubungan dengan Sang Khalik yang Agung, Allah azza wajallah.

www.muawiyah90.blogspot.com

Antara permasalahan yang kerap berlaku dan boleh dikatakan masalah 'favourite' anak muda mudi kita ialah perlakuan seks bebas (zina). Perlakuan yang begitu jijik, hina dan keji di mata Allah yang di langit dan makhlukNya yang soleh. Perlakuan ini termasuk di dalam salah satu perlakuan yang Haram dan berdosa besar. Kerana itulah ancamannya sangatlah menggerikan. Rejam sehingga mati bagi pembuat yang sudah bernikah dan sebatan sebanyak 100 kali bagi yang belum bernikah. Nauzubillah. Semoga Allah mempelihara kita.

"Setiap penyakit, ada ubatnya." Tetapi untuk mendapatkan ubatnya perlulah berusaha. Dan usaha itu perlulah dengan kesungguhan, keikhlasan dan pengharapan yang jitu. Jika tidak, usaha itu hanya sekadar usaha kosong yang tidak memberi apa-apa penyelesaian.

www.muawiyah90.blogspot.com

Trend anak muda mudi kita ketika melakukan hubungan seksual haram ini ialah dengan merakamnya, khususnya bagi pasangan pakwe makwe. Tujuan merakam kononnya sebagai kenangan manis dan bukti cinta. Selalunya yang memulakan rakaman itu sudah tentu dari pihak teman lelaki yang mulutnya terkenal manis berbicara. Kemanisan itu pula telah menyebabkan si teman wanita itu mudah terperangkap.

Perbuatan cela dan keji ini semakin kerap dilakukan tanpa had dek ketagihan. Jika sebelum ini kerana cinta, kini kerana nafsu haiwan. Telanjang pun no problem, beraksi pun no problem, asalkan puas!. Dosa pahala sudah tentu tidak wujud lagi dalam diri mereka, kerana itulah kita boleh melihat ada ramai dari kalangan mereka yang melakuakan perbuatan haram ini terdiri dari mereka yang berhijab. Nauzubillah.

www.muawiyah90.blogspot.com

Putus hubungan!. Itulah kesudahan mereka!. Permulaan yang buruk berakhir dengan buruk. Pertikaman lidah antara pasangan tersebut telah menyebabkan si teman lelaki menjadi berang lalu menyebarkan video-video ranjang teman wanitanya seluas-luasnya. Sekali tersebar di internet, alamat mimpilah untuk menghapusnya semula.

Apa yang berlaku padanya selepas kejadian tragis tersebut?. Tidak perlulah saya memanjangkan kisah yang menakutkan ini, cukup sekadar penulisan ringkas di atas yang akan membuatkan anda berfikir sebelum bertindak.

www.muawiyah90.blogspot.com

Cuma, disini saya ingin memberikan khabar gembira bagi mereka yang telah terlanjur atau dalam kedukaan dan kesedihan. Khabar gembira ini bukanlah dari saya, bukanlah dari para Ulama', tetapi dari Sang Khalik yang telah mencipta anda dengan penuh kasih sayang, Allah! dan utusannya yang mulia, Rasulullah saw.

Firman Allah dengan penuh syahdu dalam surah al-Zumar ayat 53: (maksudnya), Katakanlah: Wahai hamba-hamba Ku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

(maksudnya) Dan mereka yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat kepada Allah lalu memohon ampun dosa-dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah - dan mereka juga tidak meneruskan (perbuatan buruk) yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). Orang- orang yang demikian sifatnya, balasannya adalah keampunan dari Tuhan mereka, dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal.

Disediakan oleh: Abu Mu'awiyah.

www.muawiyah90.blogspot.com
________________________________________________________



Enjoy Your Reading My dear! ^__^

Sunday, October 17, 2010

24 ciri seseorang mencintaimu~~~

Dalam kehidupan, kamu tidak sedar apa yang dilakukan oleh seseorang terhadap diri kamu merupakan satu petanda yang dia mencintai kamu. Dia tidak ingin kamu tahu secara terus daripada mulut dia tetapi dia menunjukkannya melalui perbuatan. Berikut merupakan 24 ciri-ciri yang dilakukan oleh seseorang yang menunjukkan bahawa dia mencintai kamu.
  1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
  2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
  3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
  4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
  5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘selamat pagi’, ‘selamat hari minggu’, ‘selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
  6. Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
  7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.
  8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
  9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu – kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.
  10. Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
  11. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.
  12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknyayang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
  13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
  14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
  15. Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.
  16. Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, dekat dihati?’
  17. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
  18. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
  19. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
  20. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akanmengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
  21. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
  22. Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
  23. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.
  24. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.
“Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut… Kamu akan menyesal melakukannya!”

INI HANYA PENDAPAT SAJA....

Enjoy Your Reading My dear! ^__^

Saturday, October 16, 2010

Pengembaraanku~~~

Kembara insani, menyelusuri permusafiran qada dan qadar Illahi...ah, akulah insan yang sedang mengembara itu...

Dalam menyusun gerak langkah, aku sedar adakala langkah ini tersasar dari landasan. Adakala, aku mahu berjalan laju, adakala aku jauh ketinggalan di belakang. Ada ketikanya, aku terburu-buru, mahu terus berlari, lantas tidak menghiraukan batuan batuan yang menghalang kembara insanku, lalu jatuh tersungkur, rebah dan terluka. Gopohnya aku, mencerminkan betapa hinanya seorang hamba Tuhan, kerana untuk melangkah setapak kehadapan pun masih perlu bergantung pada kuasa Al-Akbar..

Apalah sangat kudratku ini hendak dibandingkan dengan 'Azimnya Dia?
Lemah daya, kelu, kaku, tiada apa-apa. Kosong. Kelam. Suram.

NOKTAH.

Aku kini sedang berdiri. Sesaat nanti aku mungkin duduk atau mungkin aku tertidur. Semua itu BUKAN aku yang tentukan. Tetapi Allah, sebaik-baik perancang.

Aku kini sedang menghela nafas, Mungkin sesaat nanti aku sudah kaku tidak bernyawa. Semua itu Allah yang tentukan, BUKAN aku.

..............................................(kosongnya minda)

Allahu Akbar...
Aku masih lagi mahu terus mengembara.
Aku masih mahu terus menjadi pengembara.
Bumi ini masih banyak yang ingin aku terokai.
Butir-butir hikmah yang bertaburan masih belum cukup aku miliki.
Ruang lompong kehidupan masih belum aku penuhi.
Jasad yang masih belum banyak menyumbang..
Iman dan amal yang masih belum seimbang..
Pada tingkah laku yang terkadang sumbang..
Pada kata-kata yang ada ketika masih 'ter'simpang..
Pada ekor mata yang adakala masih rambang...

Allahu Akbar...
Aku masih punya segunung impian.
Jasaku pada orang tua yang menaruh setinggi harapan...
Istana cinta fitrahku yang masih dalam samar bayangan..
Juga pada impian memiliki zuriat yang beriman..
dan pastinya pada cita-citaku menjadi isteri solehah dan budiman..

Allahu Akbar..
Aku sedang mengembara
Dan akulah pengembara
Dan aku masih mahu terus mengembara
Sehingga sampai satu detik masa
Aku ditakdirkan berhenti
Aku akur
dan..saat itu, moga aku sudah puas mengembara...



Enjoy Your Reading My dear! ^__^

Sunday, October 10, 2010

cinta sebagai fitrah

Islam menggariskan satu sistem yang syumul yang merangkumi seluruh aspek kehidupan. Oleh kerana Allah sendiri yang mencipta kita, Dia Maha mengetahui segala naluri dan fitrah kita. Kerana itulah Islam meraikan fitrah dan kehendak naluri manusia, dan salah satu daripadanya adalah cinta. Dari Muhammad Muhammad As-sharif, dari Universiti Al-Azhar dalam bukunya " Islah Al-Ummah A'lah Huda As-Sunnah" (islah @ reformasi ummah di atas cahaya sunnah) menyatakan bahawa telah difitrahkan yang seorang lelaki akan mempunyai perasaan terhadap perempuan, dan begitulah sebaliknya.

Ini kerana perempuan itu dijadikan daripada rusuk lelaki, sebab itu lelaki ada perasaan terhadap wanita yang sememangnya dijadikan daripada satu bahagian tubuh dirinya sendiri. Kalau dilihat dari kisah kehidupan awal manusia, seperti diceritakan dalam kitab sirah imam Ibnu Kathir, "al-bidayah wa an-nihayah",dan beberapa kitab lain, bahawa nabi Adam alaihissalam sendiri kesunyian ketika mula diciptakan di dalam syurga, lalu Allah menciptakan Hawa bagi menjadi teman hidup Adam. Tapi Allah tidak membiarkan mereka bercinta begitu saja tanpa ada ikatan, mereka lantas diijabkabulkan. Allah Taala berfirman, maksudnya: "Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu ada satu contoh yang amat baik untuk kamu ikuti..". sepanjang rentetan sejarah rasul dan para sahabat, perkataan cinta itu wujud dalam rumahtangga mereka.

Apabila seseorang jatuh cinta dengan perempuan,
mahu menjadikannya sebagai
serikandi hidup, maka dibenarkan dia melihat
perempuan itu mengikut batas
syara'
.
Terdapat hadis hadis dalam bab bolehnya melihat orang yang berkenan untuk
dibuat isteri (maknanya melihat kepada yang bukan aurat), contohnya hadis
riwayat Imam Tirmizi: daripada Mughirah bin Syu'bah, bahawa dia hendak meminang seorang perempuan, lalu bersabda Rasulullah s.a.w: " Pergilah kamu melihatnya, sesungguhnya ia akan memanjangkan lagi kasih sayang antara kamu berdua nanti.. "Tafsirannya, bila jatuh hati atau berkenan pada seseorang perempuan, tindakan seterusnya adalah mengikat ikatan samaada khitbah atau pertunangan ataupun berkahwin. Selepas itu mereka barulah mereka bercinta sebagai suami isteri.

Maka daripada perkara di atas, Islam menyediakan ruang untuk bercinta, iaitu
percintaan untuk perkahwinan. Maknanya di sini Islam meletakkan cinta itu
sebagai satu tanggungjawab, bukan satu permainan atau keseronokan semata mata.


Jika benar benar mencintai seorang perempuan itu, seorang lelaki hendaklah
menunaikan tanggungjawabnya, jika sudah bersedia maka ikatlah dengan ikatan yang sah, jika belum bersedia, banyak-banyaklah berdoa pada Allah dan jangan sekali kali melakukan perkara yang berlanggar dengan syara'yang boleh mencemarkan kesucian cinta sebagai satu fitrah.
Justeru, bersamalah kita mengawal fitrah yang indah ini agar tidak terpesong ia menjadi fitnah, InsyaAllah. Hanya cinta Allah yang boleh memimpin kita meniti lembah sunyi menuju firdausi.Wallahua’lam.

Jangan mudah melafaz kasih,kasih itu untuk siapa..
Jangan mudah melafaz sayang,sayang itu pada siapa..
Jangan mudah melafaz cinta,cinta itu pada Yang Esa,
Cintakan bunga,bungakan layu..cintakan manusia kan pergi.



http://www.ukhwah.com/

Enjoy Your Reading My dear! ^__^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...