Monday, February 28, 2011

It's Indeed A Journey


altI do have one simple perspective upon life in short; it's a destined journey, whereby everything is written by God the Almighty. This written route ends when we die and continues in hereafter. The 
purpose to live is only being the slave of Him; to perform obligation towards Him and not to commit sins as this world is made as the field to plant the seeds, and we all would harvest the result later in hereafter.
In going through life as a whole, we would found variety of obstacles and they may appear simply in the form of positive and negative, in other words, the ups and downs. I define them as the tests from Him just to examine how deep our faith towards Him, how grateful we are, how much we would devote ourselves to Him and to know Him better.
Praised be to Allah who has given us life, showers us with love, filling our life with everything that we never ask for. He made us so perfectly. Despite, as a human being, sometimes, I admit that there are tests that I couldn't really handle, but I do believe that I still have tomorrow, better days and years to come. Allah is always good.  All in all, gain as many as possible the blessings from Him. The time is running out for everyone,and no one knows when the journey ends.




Enjoy Your Reading My dear! ^__^

Sunday, February 20, 2011

Bagaimana Jika Allah Mencintai Kita?

alt
Lazimnya andai kita mencintai atau merindui seseorang, kita mempunyai keinginan untuk memberitahu 
orang lain. Seboleh-bolehnya biar semua orang tahu bahawa kita sedang mencintainya. Hati merasa bahagia andai perasaan itu dapat dikongsikan bersama.
Melalui jaringan sosial seperti Facebook dan Twitter, kita dapat membaca pelbagai luahan mereka yang sedang bercinta. Antaranya:
"Saya sayang abang."
"Saya rindu ibu."
"Saya cinta kamu semua."
Agaknya, bagaimana pula jika Allah mencintai seseorang?
Dalam satu hadis, Rasulullah SAW pernah bersabda :
"Sesungguhnya Allah SWT jika mencintai seorang hamba, maka Dia memanggil malaikat Jibril dan berkata: "Wahai Jibril, aku mencintai orang ini maka cintailah dia!" Maka Jibril pun mencintainya, lalu Jibril mengumumkannya kepada seluruh penduduk langit dan berkata: "Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah mencintai orang ini, maka cintai dia." Maka seluruh penduduk langit pun mencintainya. Kemudian orang itu pun dicintai oleh segenap makhluk Allah di muka bumi ini." (Hadis Riwayat Bukhari)
MasyaAllah! Lihatlah cinta Allah..Sungguh luar biasa hebat..
Ketika Allah mencintai seseorang, Allah yang Maha Agung tidak cukup dengan hanya mengatakan "Aku cinta si dia!"
Tetapi Allah memaklumkan kepada seluruh makhluk-Nya.
Apa kata Allah dalam hadis tersebut?
"Wahai Jibril, aku mencintai orang ini maka cintailah dia!"
Maka Jibril pun membuat pengumuman :
"Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah mencintai orang ini, maka cintai dia."
Kemudian orang itu pun dicintai oleh segenap makhluk Allah di muka bumi ini.
Oh Ar-Rahman Ar-Rahim, bahagianya mereka yang benar-benar dicintai Allah. Pasti hidup mereka sentiasa tenang dan diberkati.
Bayangkan jika semua pembaca iLuvislam.com disayangi Allah SWT. Pasti dunia ini dipenuhi dengan kebahagiaan.
Tidakkah kita mahu menjadi seorang yang benar-benar dicintai Allah?
Namun, selama ini, cinta siapa yang kita kejar?

Enjoy Your Reading My dear! ^__^

Cantik Sangatkah Diri Kita Ini?


altApakah yang kita lakukan apabila bangun pagi? Biasanya, setelah menggeliat dan menggenyeh mata, 
kita akan terus ke bilik air untuk menggosok gigi. Selepas itu mandi, bersabun dan bersyampu. Usai bersolat, kita bersolek. Bagi perempuan, wajah jadi cantik setelah dilukis semula. Bagi lelaki pula, wajah kembali terurus setelah membuat landscaping kecil dengan menebas misai dan janggut serta menyikat rambut.
Buat orang lelaki, tali leher yang terjerut kemas akan menampilkan gaya yang segak. Bagi orang perempuan, busana yang diperagakan akan menganggunkan ketrampilan. Perfume yang disembur menyegarkan bau tubuh dan menaikkan aura. Orang yang berselisih dengan kita boleh terhenti untuk menghidu bau minyak wangi yang kita pakai.
Itulah kebiasaan yang kita lalui sebagai manusia yang berkerjaya. Bagi golongan suri rumah, pelajar, mahupun yang masih belum bekerja, rutin harian yang dilalui lebih kurang sama juga. Dalam masa tidak sampai sejam, kita sudah pun siap. Kita lalui semua proses mendandan diri separuh robotik ini sebaik sahaja bangun tidur.
Namun, pernahkah kita berhenti seketika, termenung dan merenung kembali buat seketika? Apabila bangun tidur, sebelum melompat atau bermalas-malas mengheret kaki ke bilik air, terciumkah kita bau tubuh sendiri terutamanya bau yang datang daripada mulut kita? Wangikah ia?
Apabila membelek wajah di cermin, lihatlah kelayuan mata sendiri yang cengkung dan bergelanggang kerana belum dipalit kelilingnya dengan celak dan shadow. Berapa garis kedutkah yang kita ada. Kurang daripada sepuluh atau sudah tidak terkira? Biasanya kita tidak sempat membilangnya kerana cepat-cepat menutupnya dengan bedak.
Bila diperhatikan betul-betul, rambut kita yang ikal seperti seludang kelapa sudah semakin lurus seperti berus periuk terpakai. Tidak lama lagi, warna putihnya akan melebihi warna hitamnya. Misai yang tebal pun sudah jarang-jarang dan tidak tentu hala tumbuhnya.
Otot-otot di tepi bibir yang biasanya ternaik hingga menyerlahkan wajah kita seperti orang yang sentiasa tersenyum, kini sudah kendur. Akibatnya, wajah kita yang serius kelihatan seperti sedang mencebir; menjadikan wajah kita persis orang yang sudah putus urat senyumnya.
Carilah kembali tanda lahir di tubuh, sama ada tompok putih di belikat atau garis di celah paha ~ yang hanya diketahui juga oleh pasangan kita; yang juga menandakan kita bukan manusia sempurna seperti batang tubuh artis yang sudah diphotoshop di komputer. Bagaimana pula perut yang punyai kesan pecah lemak hingga berjalur-jalur pecah seribu, tompokan hitam atau kutil yang mula tumbuh di merata tubuh?
Dan, lihatlah diri kita secara keseluruhan di cermin secara 360 darjah. Tataplah bentuk tubuh kita sendiri daripada hujung rambut hingga ke hujung kaki. Kepala, leher, tengkuk, bahu, lengan, dada, perut, paha, betis dan akhir sekali, kaki. Eh, sejak bila lubang hidung kita dah tak sama saiz rongganya? Bila pula tubuh kita rebeh sebelah?
Kita kini tidak lagi persis model yang cantik dengan keluk, lekuk dan luk di bahagian-bahagian yang sepatutnya. Justeru itu, apakah kita kini seorang manusia... atau kita telah bertukar menjadi makhluk yang menggelembung di sana-sini di bahagian-bahagian yang tidak seharusnya?
"Tidur itu saudara mati." Demikian sabda Rasulullah, s.a.w yang diriwayatkan oleh al-Bazzar, al-Tabarani dan Baihaqi. Ertinya, bangunnya kita daripada tidur itu seumpama bangun daripada mati. Wajah kita pucat, tidak terurus, tidak bermaya dan berbau. Sebenarnya tubuh dan wajah kita amat hodoh sekali!
Tetapi, oleh kerana terlupa mahu melihat kekurangan fizikal diri sendiri, kerana hendak berkejar menyoleknya, maka kita sudah alpa akan kecacatan bentuk zahir kita. Apabila kita menyarung baju yang lengkap dengan jalur dan warnanya, atau ropol dan rendanya, kita kelihatan segak sekali. Maka apabila mengatur langkah dengan bergaya kerana kasut tumit tinggi menjadikan postur tubuh membusung di ponggong dan dada... wah siapa yang tidak ingin menatap lebih daripada sekali?
"Allah (Yang Menguasai Segala-galanya), Ia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa dari badannya, jiwa orang yang sampai ajalnya semasa matinya, dan jiwa orang yang tidak mati: dalam masa tidurnya; kemudian Ia menahan jiwa orang yang Ia tetapkan matinya dan melepaskan balik jiwa yang lain (ke badannya) sehingga sampai ajalnya yang ditentukan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir (untuk memahaminya)." (Az-Zumar 39:42)
Sedangkan fizikal kita sendiri kita lupakan kerana sentiasa disalut dengan pakaian yang indah-indah, bagaimana pula dengan spiritual kita? Jika yang boleh dilihat itu tidak selalu dipandang, bagaimana pula dengan bahagian diri kita yang tidak dapat ditilik?
Apakah batin kita secantik yang kita anggap selama ini?
Ataupun ia lebih hodoh daripada kita yang zahir ini?



Enjoy Your Reading My dear! ^__^

Thursday, February 17, 2011

Penat-penat Jogging Tapi Tak Kurus Jugak?


illustration of three sport girls Stock Photo - 825840Masalah ini memang ketara tapi penyelesaian memang mudah. Sayang ramai tidak mengetahui cara 
jogging untuk membakar lemak.
Paga hujung minggu atau waktu petang memang ramai yang berjogging dekat taman2, gym ataupun treadmill di rumah. Stamina atau cardiovascular capacity memang meningkat tetapi lemak dan berat badan tidak beruah! Kenapa?
  1. Sebab anda tidak dapat mewujudkan kalori deficit (kalori masuk > kalori keluar).
  2. Most probably semasa sessi jogging, anda tidak membakar lemak tetapi glycogen! Apa tu?
Ok masalah point pertama agak mudah untuk difahami sebab kalau anda makan (kalori masuk) melebihi pengunaan badan (termasuk jogging dll) tentunya makanan berlebihan akan disimpan sebagai lemak.

Apa itu glycogen atau glikogen?

Untuk bulan ini saya nak fokus lebih kepada point kedua: Adakah anda membakar lemak ataupun glycogen?
Ok badan kita mempunyai dua sumber tenaga: glycogen & lemak. Sebagai pengumpamaan, andaikan:
  • glycogen adalah wang tunai (badan boleh menyimpan lebih-kurang 2000 calori at one time)
  • lemak sebagai duit simpanan bank.
  • makanan adalah sumber wang tunai.
...sebelum badan menyentuh duit simpanan (lemak) semasa cardio (seperti jogging), badan perlu menghabiskan wang tunai terlebih dahulu...
Sebelum badan menyentuh duit simpanan (lemak) semasa cardio (seperti jogging), badan Yanti perlu menghabiskan wang tunai terlebih dahulu . Ketika itu, badan akan membakar lemak!

Jadi camane nak bakar lemak badan?

  1. One way adalah dengan memanjangkan sessi cardio (tanpa minuman sukan) so that at some point bekalan glycogen habis dan badan bermula membakar lemak. Tetapi ini agak memenatkan.
  2. Dengan mengelakkan makanan/minuman berkarbohidrat 3-4 jam sebelum cardio. With that, badan akan terus mengunakan wang tunai yang sedia ada dan apabila memulakan jogging, wang tunai telahpun turn ke tahap yang lebih rendah dan at some point, badan terpaksa mengambil wang simpanan (lemak) sebagai sumber tenaga to support your activity.

Tidakkah performance saya akan merosot tanpa bekalan glycogen?

Yes tetapi anda kena buat pilihan antara performance training ataupun training untuk membakar lemak!
Pernah terfikir kenapa atlih negara tidak mempunyai badan yang kental walaupun mereka berlatih almost setiap? Mereka berlatih untuk performance dan sentiasa memastikan “wang tunai” sedia ada dengan mengambil minuman/makanan berkarbohidrat yang mengandungi carbs.
Performance tanpa glycogen tidak “sehebat” kerana ia mengambil masa untuk mengeluarkan wang simpanan daripada bank dan mengunakannya sebagai wang tunai! Hmmm….I hope all this makes sense. Basically, ia mengambil masa untuk badan memecahkan molekul lemak dan gunakannya sebagai tenaga.
...ia mengambil masa untuk badan memecahkan molekul lemak dan gunakannya sebagai tenaga...

Bolehkah makan/minum selepas jogging?

Oleh kerana heart-rate anda masih tinggi selepas aktiviti jogging, peluang (masa) itu boleh digunakan untuk squeeze pembakaran lemak lagi. Air mineral is no problem tetapi, kalau boleh, elakkan makanan untuk 30 minit.
Also, take it easy on the food…..you dah penat-penat berlatih so best kalau you stick to a light and balanced meal ? Simple carbs are ok to replenish your energy quickly. Jangan ikut nafsu ;)

sumber informasi:http://www.iluvislam.com/



Enjoy Your Reading My dear! ^__^

Wednesday, February 16, 2011

Weight Training Untuk Wanita

alt
Mengapa Latihan Bebanan (Weight Training) juga baik untuk kaum wanita?
Sudah menjadi suatu pemahaman biasa bagi kebanyakkan wanita yang bersenam digimnasium untuk menumpukan sepenuh masa bersenam mereka melakukan latihan kardiovaskular seperti larian di treadmill, berbasikal, cross trainer dan stepper. Namun jika diajak untuk melakukan weight training kebayakkannya menolak atas alasan mereka takut badan mereka akan menjadi berketul-ketul seperti lelaki. Tahukah anda yang weight training juga baik untuk wanita sepertimana ia baik untuk lelaki?
Wanita Tidak Boleh Membina Otot-Otot Besar Seperti Lelaki Kecuali Dengan Bantuan Suntikan Hormon Testosterone.
Sebelum saya menerangkan kebaikkan weight training untuk wanita, kaum wanita perlu faham yang pembinaan otot-otot yang besar dan berketul-ketul hanya akan berlaku dengan adanya hormone Testosterone. Kaum lelaki menghasilkan hormon ini secara semulajadi didalam badan mereka dengan kadar yang jauh lebih banyak dari wanita. Hormon ini juga amat penting bagi tumbesaran dan mempengaruhi tahap kesihatan seseorang lelaki. Walaupun wanita juga menghasilkan hormon ini, namun ia tidak cukup untuk membina otot-otot yang besar walaupun seseorang wanita itu mampu melakukan weight training sehebat yang dilakukan lelaki!
Wanita Boleh Mendapatkan Badan Idaman Mereka Dengan Weight Training.
Walaupun latihan kardio memang membantu pembakaran kalori dalam badan, namun kombinasi antara kardio dan weight training sebenarnya adalah rahsia utama untuk mendapatkan tubuh badan idaman kebanyakkan wanita. Weight training membantu pembinaan ‘lean muscle’ yang boleh memperbaiki bentuk badan seseorang wanita. Disamping itu dengan adanya ‘lean muscle’, kadar pembakaran lemak dalam badan juga akan turut meningkat, walaupun ketika berehat menonton tv.
Weight Training Menguatkan Tulang.
Sepertimana yang sudah ramai sedia maklum, Osteoporosis adalah merupakan satu masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakkan wanita yang sudah mencecah umur pertengahan. Latihan weight training yang konsisten menggunakan berat yang sesuai dan disertakan dengan pengambilan kalsium yang mencukupi boleh meningkatkan kekuatan dan ketumpatan tulang.
Weight Training Membantu Melindungi Wanita Dari Kanser Payudara.
Satu kajian dari The American Cancer Society mendapati aktiviti fizikal seperti weight training membantu melindungi wanita dari kanser payudara dan membantu mengelakkan ketumbuhan semula sel kanser selepas menjalani rawatan. Tambahan pula wanita yang telah dikesan menghidap kanser payudara sering dinasihatkan untuk menjalani aktiviti fizikal seperti weight training.
Weight Training Ketika Menopause
Apabila wanita mencapai peringkat Menopause, kadar kolestrol mungkin akan meningkat, kekuatan tulang akan berkurangan dan berat badan boleh meningkat dengan cepat. Jadi sekiranya seseorang wanita itu jarang melakukan senaman sebelum ini, ketika Menopauselah amat penting untuk mula bersenam terutamanya menggunakan weight training agar kadar kesihatan wanita dapat ditingkatkan disamping mengurangkan pelbagai masalah yang mungkin timbul ketika Menopause.
Jadi apa yang penting untuk difahami disini weight training memberi banyak kebaikan kepada wanita. Untuk memulakan weight training pastikan anda mendapat tunjuk ajar dari jurulatih berpengalaman dan mulakan dengan berat yang sesuai untuk anda. Apabila kekuatan anda meningkat tambah berat secara berperingkat. Dan nikmatilah perubahan besar kepada tubuh badan dan kesihatan anda.



Enjoy Your Reading My dear! ^__^

Tuesday, February 15, 2011

Titipan Buat Wanita

alt
"Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki"
Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa gunanya aku menjadi perhatian lelaki andai murka Allah ada di situ.
Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya bisa menjadi milikmu seorang.
Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang bisa dimiliki sesuka hati.
Aku juga tidak mau menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan.
Bagaimana akan kujawab di hadapan Allah kelak andai ditanya? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?
Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku karena itulah yang dituntut oleh Allah.
Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?
Tidak kunafikan sebagai remaja, aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahwa aku perlu menjaga perasaan itu karena ia semata-mata untukmu.
Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi labuhan lelaki lain. Engkau berhak mendapat kasih yang tulen.
Diriku yang memang lemah ini telah diuji oleh Allah saat seorang lelaki ingin berkenalan denganku. Aku dengan tegas menolak, berbagai macam dalil aku kemukakan, tetapi dia tetap tidak berputus asa.
Aku merasa seolah-olah kehidupanku yang tenang ini telah dirampas dariku. Aku bertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan? Aku beristigfar memohon ampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diriku dari kejahatan.
Kehadirannya membuatku banyak memikirkan tentang dirimu. Kau kurasakan seolah-olah wujud bersamaku.
Di mana saja aku berada, akal sadarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang menggodaku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hatiku yang mengatakan lelaki itu bukan teman hidupku kelak.
Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana.
Tetapi aku juga punya keinginan seperti wanita yang lain, dilamar lelaki yang bakal memimpinku ke arah tujuan yang satu.
Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf Alaihisalam, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman Alaihisalam, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wassalam, yang mampu mendebarkan hati jutaan gadis untuk membuat aku terpikat.
Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Lauh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah.
Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu karena kita masih tidak mempunyai hak untuk membuat begitu.
Juga jangan melampaui batas yang telah Allah tetapkan. Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.
Permintaanku tidak banyak. Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari redha Illahi.
Aku akan merasa amat bernilai andai dapat menjadi tiang penyangga ataupun sandaran perjuanganmu.
Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, mengulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu.
Akan kukeringkan darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku. Aku pasti berendam airmata darah, andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku.
Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu karena dengan mencintai Allah, kau akan mencintaiku karena-Nya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.
Seorang gadis yang membiarkan dirinya dikerumuni, didekati, diakrabi oleh lelaki yang bukan muhrimnya, cukuplah dengan itu hilang harga dirinya di hadapan Allah. Di hadapan Allah. Di hadapan Allah.
Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera Agama.
Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata.
Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani dan hati.
Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat.
Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana diri ini serikandi dengan silam yang kelam.
Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia.
Dan yg akan terjadi, andai tak sama dgn kehendak hati, insyaAllah ku redha ketetapan Illahi..
Wahai wanita, ku ingatkan diriku dan dirimu, peliharalah diri dan jagalah kesucian.. semoga redha Allah akan sentiasa mengiringi dan memberkati perjalanan hidup ini.



Enjoy Your Reading My dear! ^__^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...