Thursday, November 3, 2011

Kehebatan di Jalan Raya!!!

Salam Sayang Buat Semua...

Assalamualaikum dan selamat petang semua...
alahai kenapalah bunyinye agak serius jek kan...heeee... nak cakap pasal something yang serius ke nie? mungkin ya dan mungkin juga tidak.. sebenarnya just nak share rasa ke tidak puas hati tentang kegunaan "zebra crossing"...

korang tahu tak apa zebra crossing? of course la tahukan...kalau ada yang tak tahu memang agak tak patut la nie...benda paling umum untuk diketahui semua... alah, jalur-jalur kuning kat atas jalan raya yang sepatutnya digunakan oleh pejalan kaki untuk melintas sekiranya tiada jambatan atau jejantas... Kalau kat Malaysia, kebiasaannya berwarna kuning tetapi di negara luar, zebra crossing berwarna putih..

Kegunaan asal zebra crossing ini adalah untuk memudahkan pejalan kaki untuk melintas jalan... tetapi sekarang zebra crossing tidak lagi dipandang sebagai hak laluan pejalan kaki especially di Malaysia... Pemandu kenderaan di Malaysia tidak memberi keutamaan kepada pejalan kaki yang berada dilaluan tersebut walhal pejalan kaki berhak untuk melintas jalan sekiranya mereka menggunakan zebra crossing... Kenderaan yang lalu lalang seharusnya berhenti dan memberikan laluan kepada pejalan kaki namun situasi yang berbeza berlaku di Malaysia...Pejalan kaki harus memberikan laluan kepada kereta-kereta besar dan mahal yang gah berada diatas jalan raya seolah-olah mereka lebih berhak dan hebat untuk berada diatas jalan tersebut berbanding pejalan kaki... kemana perginya kesedaran sivik dan ilmu yang dibelajar sewaktu mereka mula-mula mengambil ujian memandu? kenapa tidak dipraktiskan semua itu? sejujur dan seikhlasnya terdetik rasa terkilan terhadap pemandu-pemandu dijalan raya sekarang ini...mereka semakin tidak bertimbangrasa terhadap pejalan kaki. tidak salah sekiranya mereka memberikan ruang barang seketika bagi pejalan kaki untuk melintas...




Kenapa kita tidak jadikan Singapura sebagai contoh terbaik dalam penggunaan jalan raya? bukan untuk mengagungkan negara lain tetapi sekadar untuk mengambil contoh dan teladan yang baik dan mungkin boleh dipraktiskan di negara kita. Di Singapura, pemandu-pemandu mereka akan memperlahankan kenderaan mereka sejurus mereka berada berhampiran dengan zebra crossing... Alangkah baik sekiranya Malaysia juga mengamalkan sikap toleransi dijalan raya.

renung-renungkanlah dan selamat beramal!!! ^_^













Enjoy Your Reading My dear! ^__^

7 comments:

Ban said...

lebih baik..bina pagar elektri je..sepanjang lintasan zebra tuuu..,,bru pmndu2 kete moto takot nak p dekat..hahaha

nadya e-man said...

hahaha...tau xpe...setuju sgt2 tue...hik3... ^_^

THE GREEN said...

rakyat malaysia mmg xde kesedaran sivik dlm byk hal. yg bjalan kaki pun lebih kurang la. ada jejantas pun bukan nak guna, lambat katanya. bagi zebra crossing pun kadang2 tak guna jugak, asalkan nak cepat sampai ke seberang...keselamatan jadi isu ke-2 pulak walhal mmg dah blaja smua tu...

nadya e-man said...

kadang-kadang tak boleh nak letakkan kesalahan tue pada sebelah pihak je kan...dua-dua pihak pun perlu ada kesedaran itu...sepatutnya keselamatan nyawa yang perlu dititik beratkan...

rahman said...

nadya, sila update blog pleasee....

nadya e-man said...

heeee...oh rahman, aku busy giler kebelakangan nie...nanti aku crik masa untuk update k...heee... ^____^

rahman said...

haha... baik nadya....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...