Monday, April 26, 2010
pelangi...
Thursday, April 15, 2010
cerita seorang anak
Wednesday, April 14, 2010
++tulang rusuk lelaki++
WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini? LELAKI: Kamu!!! WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa? LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti). Kamu, tulang rusukku!
Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya…
Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.
Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah.
Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak “Kamu tidak cintakan saya lagi!!!”. LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak “Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!”
Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat. LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah.
“Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing”.
Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.
Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.
Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.
LELAKI: Apa khabar? WANITA: Baik… kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang? LELAKI: Belum. WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan? Tidak ada yang berubah.
WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz “Selamat tinggal…”
Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahqwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan sendiri…
Doa untuk kekasih
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Ya Allah… Seandainya telah Engkau catatkan… Dia milikku tercipta buatku… Satukanlah hatinya dengan hatiku… Titipkanlah kebahagiaan antara kami… Agar kemesraan itu abadi…
Ya Allah… Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani… Seringkanlah kami melayari hidup ini… Ketepian yang sejahtera dan abadi… Maka jodohkanlah kami…
Tetapi Ya Allah… Seandainya telah Engkau takdirkan Dia bukan milikku… Bawalah dia jauh daripada pandanganku… Luputkanlah dia dari ingatanku… Dan periharalah aku dari kekecewaan…
Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti… Berikanlah aku kekuatan… Menolak bayangannya jauh ke dada langit… Hilang bersama senja yang merah… Agarku sentiasa tenang… Walaupun tanpa bersama dengannya…
Ya Allah yang tercinta… Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu…
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan Adalah yang terbaik untukku… Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui… Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…
Ya Allah… Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku… Di dunia dan akhirat… Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini… Jangan Engkau biarkan aku sendirian… Di dunia ini mahupun di akhirat… Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran… Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman… Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup… Ke jalan yang Engkau redhai… Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah…
Ya Allah… Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat… Dan periharalah kami dari azab api Neraka…
Amin…amin…Ya rabbal ‘aalamin.
ku ingin kau tahu
Saat kami berbaring di bawah bintang-bintang, Kita tertanya-tanya siapa diri kita sebenarnya, Aku ingin tahu apa yang kau lihat tentang diriku, Adakah hanya luaran atau sesuatu dari dalam diriku.
Usaplah jari-jemarimu pada rambutku, Tunjukkan padaku bahawa kau benar-benar peduli, Hari demi hari, dan selamanya, Ketika aku dan kau tidak mempunyai ketakutan.
Saat kau katakan kau mencintaiku, Saat itulah aku memberikan kunci, Untuk hati, jiwa dan fikiranku, Aku senang untuk tahu bahawa kau milikku.
Aku mahu bertahan selamanya, Untuk kita akan selalu bersama, Merasa sakit atau kemanisan bersama, Aku ingin kau selalu berada dekat denganku.
Dalam setiap pelukan dan kucupan, Saat aku bersamamu aku merasakan wujud cinta sejati antara kita. Memelukku erat dan tidak mahu membiarkan aku pergi, Jangan biarkan aku hilang dilautan yang luas.
Kerana aku milikmu, selamanya itu pasti, Aku milikmu untuk selama-lamanya. Janji dipatri bahawa setiap kata-kataku dengan sesungguhnya, Tanpamu disisi, aku mati tak mahu hidup pun tak mampu..
selagi ada rindu
Tuesday, April 13, 2010
Lirik Lagu Lewat Semesta - Randy Pangalila
Sunday, April 11, 2010
A Shoulder to cry on
==ketika manusia diadili==
Wudhu' zahir dan batin
Saturday, April 10, 2010
==no title===
Friday, April 9, 2010
== di sebalik bacaan Al-Fatihah dalam solat...=
(Hadist Qudsi) Maha Besar Allah... Betapa Allah SWT sangat sayang pada hambaNya dan menjawab semua doa hambaNya. Jadi, mulai sekarang, janganlah terburu-buru saat membaca Al-Fatihah di dalam shalat . Nikmatilah saat-saat kita berdialog langsung dengan Allah SWT dalam khusyuknya solat yang kita lakukan.
Thursday, April 1, 2010
== April Fool???
"adalah dipercayai bahawa ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian. Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuashati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dari Sepanyol. Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan.
Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak.Keesokan harinya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan lalu menuju ke perlabuhan. Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil.
Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian. Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia. Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool’s Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri. Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita."
~Petikan daripada Risalah Fikrah upmu-unimas~
p/s: sama2 la kite berfikir sejenak....