Sunday, April 11, 2010
Wudhu' zahir dan batin
Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak
dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau
ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang
yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki
dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk..
Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid
bernama Hatim Al-Assam dan bertanya,
"Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"
Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhuk
zahir dan batin."
Isam bertanya, "Bagaimana wudhuk zahir dan batin itu? "
Hatim berkata, "Wudhuk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh
semua anggota wudhuk dengan air".
Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan
tujuh perkara :-
* Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan
* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu
* Meninggalkan sifat dengki."
Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid,
aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat.
Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:
1.aku sedang berhadapan dengan Allah,
2.Syurga di sebelah kananku,
3.Neraka di sebelah kiriku,
4.Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5.aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal
mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini
adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan
baik."
"Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham ! maknanya kemudian aku
rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh
pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat
selama 30 tahun."
Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya
yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.
Enjoy Your Reading My dear! ^__^
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment