Wednesday, December 28, 2011

Wordless Wednesday # 2

Coretan Cerita Gadis Kerdil ^_______^
Assalamualaikum...






















Enjoy Your Reading My dear! ^__^

Sunday, December 25, 2011

^_^ Cinta Dalam Hati ^_^

Salam Sayang Buat Semua...

Assalamualaikum semua...hari ni tergerak pintu hati ni nak update blog...wehhheeeee!!! ( dengan mood yang seposen)... dah la nadya ditinggalkan keseorangan jek kat kolej ni..my bff dah balik rumah sempena cuti study week nie kan...tak apa lah...time untuk muhasabah diri... nak cakap pasal apa ye hari ni?
naaahh!!!i got the idea rite now!!! ... jom kita bercakap pasal cinta dalam hati...ada ke cinta dalam hati ni? well my dear, of course la ada... let me give you a situation...katakanlah korang ada berkenalan dengan seseorang,tak kisah lah kat facebook or ym, and from the very first time korang chat,korang dah start suka  kat orang yang terbabit...hehe...tetapi korang just diamkan jek...simpan jek dalam hati tanpa pengetahuan insan tersebut..`.waaaahhhh!! dapat dibayangkanlah rasa tu sangat la sakit kan...huhu...


sememangnyalah sakit...nadya tahu sebab nadya pernah rasa apa yang tu cinta dalam hati... sangat sakit bila korang langsung tak dapat nak luahkan apa yang korang rasa dan ignore je segala perasaan yang timbul dalam hati tu... each time orang tue online,semestinya korang nak sangat tegur dia kan tapi tertahan-tahan je...menyedihkan bila rasa dalam hati itu langsung tak mampu untuk korang luahkan...tetapi korang perlu tahu,adalah baik untuk korang simpan saja rasa itu dalam hati korang sekiranya tak ingin dilukai atau melukai...

and as for me ,better simpan dalam hati...kalau dia dah tertulis untuk kita, susah macam mana pun dia akan jadi milik kita...forever!!! heeee...



jom layan you tube!!! 


mood: sedey...cukup sebulan kita break...pape pun aku wish ko sentiasa happy dalam hidup ko dan berjaya didunia dan di akhirat...for me, u're still my "one in a million"...never mind...i'll find someone like you...i wish nothing best but the best for you...don't forget me...
selamat tinggal kenangan!!! 
















Enjoy Your Reading My dear! ^__^

Tuesday, December 20, 2011

^_^ Perlu ke bertikam-tikam? ^_^

Salam Sayang Buat Semua...

Hye korang... semua ok ke? maklumlah cuaca  pun agak tak menentu je sekarang ni kan...nadya harap-harap korang semua sihat la..

okeoke,nadya nak teruskan kepada perkara yang nak nadya cakapkan kat sini...ini mungkin boleh dijadikan pengajaran untuk korang semua jugak la...topiknya "jangan cakap belakang"... korang tahu kan apa tu cakap belakang...mesti korang pernah alami jugak situasi macam ni...sama ada korang yang cakap belakang atau orang yang membelakangkan korang...(uitttt...betul ke ayat tue?)...korang paham kan...

ada perkara yang jadi kat nadya beberapa hari kebelakang...nadya akui, nadya pernah cakap belakang kalau ada tak puas hati tentang seseorang...tak elokkan bila kita buat macam tu...bila nadya sendiri yang kena,dah terkena batang hidung sendiri,baru nadya sedar sakitnya kena kutuk kat belakang kita ...so, lepas nie,nadya bertekad tak nak lagi cakap belakang-belakang kalau ada yang nadya tak puas hati...lebih baik nadya terus cakap je kat orang tue...betul tak korang?

orang selalu cakap " what goes around,comes around "...honestly,nadya percayakan semua nie...so, sekarang masa untuk berubah...tutup atau zipkan  mulut untuk perkara yang tidak penting...kurang dosa...lagipun sebaik mana pun kita cuba berkelakuan,kita tak akan mampu memenuhi kehendak dan pandangan semua pihak...tapi ingatlah,kita hidup kerana diri kita dan bukan semata-mata untuk memuaskan rasa dan hati orang lain...









Enjoy Your Reading My dear! ^__^

Friday, December 16, 2011

^_^ Photoshop Kegilaanku... ^_^

Salam Sayang Buat Semua...

Assalamualaikum my dear readers...

kawan-kawan, sorry la ye lama nadya tak update blog nie  ...mesti korang semua bosan kan  asyik baca post yang sama jek...maafkanlah nadya ye kawan-kawan... Kebelakangan nie nadya agak sibuk sikit dengan assignment kat kampus nie...dah tak menang tanganlah nadya dibuatnya...heeeee...

okeoke...sebenarnya nadya sedikit happy hari nie sebab nadya berjaya install Photoshop   yang full version punye...hehehe...itu satu kemestiankan bagi blogger untuk ada photoshop...especially bagi yang suka buat header blog yang cantik... Nadya ada jenguk satu blog nie,dia ada letakkan link untuk download photoshop secara percuma...so, sekarang nie,nadya pulak nak share dengan korang semua kat luar sana yang belum ada photoshop...

Tutorial nie nadya dapat dari blog Wan Hazel tau...ini dia link untuk download photoshop...korang klik jek ye kat "download photoshop" tue... Promote blog Wan la kejap kat sini...hehehe...

okeoke...nanti korang pergi je la kat blog Wan ye...nanti korang follow semua step yang wan ajarkan kat situ...

okidoki...selamat mencuba sayang-sayang sekalian... 




____________________________________________________

Enjoy Your Reading peeps! 

_________________________________________________












Enjoy Your Reading My dear! ^__^

Thursday, November 3, 2011

Kehebatan di Jalan Raya!!!

Salam Sayang Buat Semua...

Assalamualaikum dan selamat petang semua...
alahai kenapalah bunyinye agak serius jek kan...heeee... nak cakap pasal something yang serius ke nie? mungkin ya dan mungkin juga tidak.. sebenarnya just nak share rasa ke tidak puas hati tentang kegunaan "zebra crossing"...

korang tahu tak apa zebra crossing? of course la tahukan...kalau ada yang tak tahu memang agak tak patut la nie...benda paling umum untuk diketahui semua... alah, jalur-jalur kuning kat atas jalan raya yang sepatutnya digunakan oleh pejalan kaki untuk melintas sekiranya tiada jambatan atau jejantas... Kalau kat Malaysia, kebiasaannya berwarna kuning tetapi di negara luar, zebra crossing berwarna putih..

Kegunaan asal zebra crossing ini adalah untuk memudahkan pejalan kaki untuk melintas jalan... tetapi sekarang zebra crossing tidak lagi dipandang sebagai hak laluan pejalan kaki especially di Malaysia... Pemandu kenderaan di Malaysia tidak memberi keutamaan kepada pejalan kaki yang berada dilaluan tersebut walhal pejalan kaki berhak untuk melintas jalan sekiranya mereka menggunakan zebra crossing... Kenderaan yang lalu lalang seharusnya berhenti dan memberikan laluan kepada pejalan kaki namun situasi yang berbeza berlaku di Malaysia...Pejalan kaki harus memberikan laluan kepada kereta-kereta besar dan mahal yang gah berada diatas jalan raya seolah-olah mereka lebih berhak dan hebat untuk berada diatas jalan tersebut berbanding pejalan kaki... kemana perginya kesedaran sivik dan ilmu yang dibelajar sewaktu mereka mula-mula mengambil ujian memandu? kenapa tidak dipraktiskan semua itu? sejujur dan seikhlasnya terdetik rasa terkilan terhadap pemandu-pemandu dijalan raya sekarang ini...mereka semakin tidak bertimbangrasa terhadap pejalan kaki. tidak salah sekiranya mereka memberikan ruang barang seketika bagi pejalan kaki untuk melintas...




Kenapa kita tidak jadikan Singapura sebagai contoh terbaik dalam penggunaan jalan raya? bukan untuk mengagungkan negara lain tetapi sekadar untuk mengambil contoh dan teladan yang baik dan mungkin boleh dipraktiskan di negara kita. Di Singapura, pemandu-pemandu mereka akan memperlahankan kenderaan mereka sejurus mereka berada berhampiran dengan zebra crossing... Alangkah baik sekiranya Malaysia juga mengamalkan sikap toleransi dijalan raya.

renung-renungkanlah dan selamat beramal!!! ^_^













Enjoy Your Reading My dear! ^__^

Semanis Senyuman Sofeya

         Seusai solat Subuh, Aku mengangkat kedua telapak tangan Aku memohon agar semua ahli keluarga Aku yang kini tiada lagi disamping Aku dan insan kesayangan Aku ditempatkan disisi ALLAH s.w.t. Dikeheningan subuh dihiasi titisan embun pagi ditingkap bilik Aku mengingatkan Aku pada adik angkatku, Sofeya. Sofeya merupakan seorang kanak-kanak yang periang dan penyayang, tinggal berhampiran dengan rumah Aku yang berdekatan dengan kawasan pantai.

Telah menjadi rutin harian Aku menemani Sofeya untuk bermain layang-layang di taman permainan berhampiran kawasan rumah kami. Sofeya sangat gemar bermain layang-layang. Aku merasa sangat bahagia tatkala melihat senyuman yang mencorak wajah si kecil itu. Wajahnya yang putih bersih, sentiasa dihiasi dengan senyuman yang mampu meruntun hati setiap mata yang memandang.

    "Kak Yaa, tengoklah layang-layang Feya terbang tinggi! Boleh tak Feya nak terbang tinggi-tinggi macam layang-layang tu?" ujar Sofeya yang membahasakan dirinya sebagai Feya sambil menarik tali layang-layang tersebut dan melompat-lompat kegirangan. Matanya yang sepet hampir tertutup setiap kali dia ketawa kegirangan.

   "Feya nak terbang tinggi-tinggi macam tu nak pergi mana sayang? Kesian Kak Yaa nanti tak ada lagi kawan nak temankan Kak Yaa jalan-jalan," balas Aku cuba untuk menyakat si kecil Sofeya.

   "Feya janji yang Feya tak akan tinggalkan Kak Yaa. Feya cuma ada atuk,nenek dan Kak Yaa. Mama dan Papa jarang-jarang balik jenguk Feya kat sini. Mereka tak sayangkan Feya lagi ke Kak Yaa?" soalan Feya membuatkan Aku terkesima sebentar. Otak Aku mula ligat mencari jawapan untuk menjawab soalan si kecil itu.

   "Ish, tak baik Feya cakap macam tu. Mama dengan Papa sayangkan Feya.Feyakan anak mereka. Barangkali mereka sibuk dengan kerja mereka kat bandar tu. Nanti mereka akan balik jenguk Feya kat sini.," ayat demi ayat Aku susun dengan berhati-hati agar tiada kata Aku yang mengguris jiwa kecil itu.

   "Tak apalah Kak Yaa. Lagipun Kak Yaa kan ada temankan Feya selalu. Kak Yaa,belanjalah Feya makan gula-gula kapas tu. Feya teringin nak makan gula-gula tu. Jom la Kak Yaa!" kata Feya sambil menarik-narik tangan Aku dan kemudiannya berlari menuju kearah seorang tua yang menjual gula-gula kapas. Tanpa berlengah lagi,Aku terus menurut saja permintaan adik angkat Aku itu. Biarlah hatinya gembira walaupun hanya dengan permberian sekecil itu kerana Aku tidak pasti jangka masa yang berbaki untuk Aku menemani Feya. Feya disahkan menghidap kanser darah pada lima bulan yang lalu. Sewaktu Aku dikhabarkan dengan berita itu,Aku terjelepuk diatas lantai.Aku tidak pernah menyangka seorang kanak-kanak yang riang seperti Feya menghidap sejenis penyakit yang akan meragut nyawanya. Hingga saat ini Aku masih lagi menafikan kenyataan bahawa Aku akan kehilangan Feya dari hidup Aku.

Keesokkannya,seperti kebiasaannya Aku akan ke taman permainan untuk menanti Feya datang tetapi setelah lama Aku menanti, kedatangan Feya tidak juga kunjung tiba. Aku bergegas ke rumah Feya. Atuk memberitahu Aku bahawa Feya demam dan langsung tidak dapat untuk bangkit dari perbaringannya. Sedih hati Aku melihat tubuh kecil itu terbaring lesu diatas katil kecilnya itu. Aku menangis teresak-esak melihatkan keadaan itu.Setelah itu,Aku mengatur langkah untuk pulang ke rumah dengan perasaan yang gundah gulana dan jiwa yang berkecamuk.

     "Kak Yaa! Cepatlah buka pintu ni. Feya datang ni kak," jerit Feya diluar rumah. Aku segera mengukir senyuman setelah mendengar suara manja adik Aku itu. Segera Aku bergegas membuka pintu. Tangan Aku ditarik dan Aku dibawa ke taman permainan,tempat kami menghabiskan masa bersama.

    "Akak,hari ni Feya nak makan gula-gula kapas lagi ya kak. Feya takut tak dapat makan lagi lepas ni," kata-kata Feya menyentap jantung Aku.

    "Apa yang Feya cakapkan ni dik? Feya boleh makan seberapa banyak yang Feya mahu. Kak Yaa akan belikan," aku terus berlari mencari pak cik tua yang sentiasa berniaga gula-gula kapas di taman permainan tersebut meninggalkan Feya yang sedang asyik bermain layang-layang.

Sekembalinya Aku ke arah Feya, kelibatnya menarik-narik layang-layang tidak lagi Aku lihat. Aku cuma melihat layang-layang yang terputus talinya terbang tanpa arah tuju. Aku melihat sekujur tubuh terbaring layu diatas tanah. Aku merasakan seolah-olah roh didalam badan Aku tercabut dari jasad apabila sekujur tubuh yang Aku lihat sebentar tadi adalah Feya. Dia tidak lagi berdaya,segera Aku panggilkan ambulans. Didalam ambulans tersebut,Aku menggenggam erat tangan Feya. Feya perlahan-lahan membuka matanya yang kuyu itu.

   "Akak, terima kasih sebab jadi akak Feya. Feya sayang sangat kat akak.Feya nak jadi adik akak sampai bila-bila ya kak," ujar Feya.Air mata Aku mula berguguran,mencurah-curah tanpa henti.

  "Akak, Feya mengantuk. Feya nak tidur dulu ya kak," lemah suaranya berkata-kata sambil bibirnya mengukirkan senyuman kepada Aku.

  "Feya,buka mata tu sayang.Jangan tidur sayang.Jangan tinggalkan akak.Feya...," tiada lagi kedengaran suara manja Feya membalas ungkapan Aku. Feya telah pergi mengadap penciptanya. Itulah senyuman terakhir dari Feya untuk Aku.

Kini, Aku masih lagi meluangkan masa Aku setiap petang untuk pergi ke taman permainan itu. Aku merasakan seolah-olah Feya masih lagi bersama Aku. Setiap kanak-kanak yang Aku jumpa akan Aku berikan gula-gula kapas kepada mereka kerana itu adalah kegemaran adik Aku, Arianna Sofeya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~





p/s : dipetik dari Blog Penulisan Kreatif Nadya






Enjoy Your Reading My dear! ^__^

Friday, August 19, 2011

Tutorial~Cara Letak Link Entry Dalam Komen

Salam Sayang Buat Semua...



Selamat subuh semua…dah habis sahurkan…dah masuk waktu pun nie…puasa lagi kita hari nie…alhamdulillah…nadya nak buat tutorial la sket untuk korang semua…sape-sape yang baca,boleh la kalau nak gunakan tutorial nie…especially bila nak komen kat entry blogger lain…
Sebenarnya nadya cakap tentang nak letak link dalam entry komen…kita selalu tengok ada blogger yang letak link blog diorang dalam komenkan?agaknya macamana diorang semua tue buat?nak belajar?jom kita chect it out…


1. first, korang pergi dekat entry blogger lain dulu (jangan entry sendiri pulak..hehehe)...

2. then Copy and Paste kod di bawah ini di ruangan komen tuh :

MESEJ  : <a href="LINK ENTRI "><b>TAJUK ENTRI </b></a>

## Mesej = Taip apa yang korang nak taip
##Link Entry  = copy link entry yang korang dah publish (di bahagian address)
##Tajuk Entry = Taipkan tajuk Entry korang...buat tajuk yang menarik gempak..for sure ramai  yang singgah!
                                 

Siap pun!

Selamat Mencuba
hehe :)







Enjoy Your Reading My dear! ^__^

Thursday, August 18, 2011

Kekal Muda Sentiasa

hearts Salam Sayang Buat Semua...


selamat petang semua...sekarang nie mesti semua orang sedang sibuk nak siapkan juadah berbuka puasakan...nadya nak ambil masa nie sekejap untuk kongsi sedikit info yang berguna pada korang semua...moga apa yang nadya kongsikan nie bermanfaat kepada semua...insyaALLAH...


nadya nak tanya,sape yang nak nampak muda sentiasa walaupun umur dah makin meningkat tapi orang masih lagi pandang kita nampak muda?sape nak?angkat tangan cepat! hahaha...okeyh la yek...meh nadya share petua untuk kekal awet muda...tak perlu nak pakai botox or cucuk tang situe,cucuk tang sini,xperlu yek...kita lakukan secara natural...


meh kita godek-godek kat bawah nie dengan senang hatinya...
1. apabila kita bangun dari tidur,kebiasaannya muka kita akan berminyakkan...inilah masanya untuk kita lakukan urutan pada wajah kita...urut wajah korang menggunakan air bermula dari bawah dagu hingga keatas dahi dan disertakan selawat ke atas Nabi s.a.w sebanyak 3 kali...


     # gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan dibwah dagu...pusing jari ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi..Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi... Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan...


2. bangun pagi terus baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi...Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati...lepas tue baru teguk...Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah gosok gigi...
3. Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala...
4. Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum tiga teguk air suam...Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda...
5. Selepas itu lakukan senaman ringan...Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput...Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun...
6. Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat...
7.Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan...
8. Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat..
9. Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi...
10. Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air...
11. Minumlah setelah setengah jam selepas makan...
12. Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah...
13. Amalkan solat tahajud...
14. Sentiasa tenang dan bersikap positif...
15. Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah...
16. Maafkan semua orang sebelum tidur...

sumber dari: iluvislam

THANKS











Enjoy Your Reading My dear! ^__^

Tutorial Hide Lagu

Salam Sayang Buat Semua...


hye sayang-sayang semua...ecece...perlu ke sampai macam tue...hahaha...blog korang ada lagu tak?kalau ada,korang biasa carik lagu-lagu tue kat mana??? nadya selalu carik kat Gratisan Music




untuk pengetahuan korang,kita boleh hide-kan dia...nak tahu macamana? jom follow step yang disediakan kat bawah nie...


sebagai contoh,nadya amek lagu kumpulan Big Bang- Koe  Wo Kikasete
nie code yang korang akan dapat...copy semua dulu ok!



<center><a href="http://fullmusik.co.cc" target="_blank"><img src="http://fullmusik.org/guci.gif" border="0" /><br /><img src="http://fullmusik.org/music.gif" border="0" /><br /><embed src="http://www.hugedrive.com/published/WG/show.php?q=RlVMTE1VU0lL-be9892e5&mode=preview&file=MzU3" AUTOSTART=TRUE LOOP=TRUE WIDTH=0 HEIGHT=0 ALIGN="CENTER"></embed><br />Gratisan Musik</a></center>

sekarang macam biasa,korang Add Gadjet > HTML/ JAVASCRIPT



korang padam semua yang warna merah tue...yang tinggal tue,korang paste kat HTML tue yek...


dah siap?


sekarang boleh la save...


enjoy!
Enjoy Your Reading My dear! ^__^

COPYRIGHT

Salam Sayang Buat Semua...


lagi-lagi update...heeee...okeyh..cmne nak wat copyright kat blog korang???
jom follow step kat bwah nie okeyh...



1.           Log in > Dashboard > Design > Edit Html
2.           Ctrl + F   </body>   
    3. Then , paste kod kat bawah nie atas kod yang korang cari tadi...



 <script type='text/javascript'>
    window.setTimeout(function() {
        document.body.className = document.body.className.replace(&#39;loading&#39;, &#39;&#39;);
      }, 10);
  </script>

<center>
 COPYRIGHT DISINI</center>


   4. preview dulu
   5. Dah jadik SAVE terus okeyh :)



done!




Enjoy Your Reading My dear! ^__^

Tutorial Post Title Background

Salam Sayang Buat Semua...


hye korunk!! ari nie nadya nak update tutorial la plak...asyik update tutorial jek kan...heeee...xpe la...nadya just nak share pe yang nadya tahu jek...kali nie kita wat Post Title Background plak yek...


okeyh! jom start ek...




1.   Log in > Design > Edit Html
2.   Ctrl+F post h3 {   atau  h3.post-title {   ataupun h4 }

3.    Copy and paste code nie kat bawah .post h3 { ataupun  kat bawah h4 }

    border:0px dashed #cc99cc; 

    text-align: center;

    margin:.5em 0 .5em;

    padding:0 0 4px;

    font-size:140%;

    font-weight:normal;

    line-height:1.2em;

    background:url(URL BACKGROUND);

    color:$titlecolor;

    }


 untuk yang guna  h3.post-title {
korang pastekan kod kat nie kat bawah k...


 border: 3px solid #C0C0C0; 
background: url(URL BACKGROUND); 



* URL BACKGROUND tue korang letak url image yek...




sekarang dah siap...


preview dulu b4 korang save yek...
kalau jadik,ley la save...


okeyh!
done!
ley senyum sampai telinga okeyh!






Enjoy Your Reading My dear! ^__^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...