selamat petang semua...sekarang nie mesti semua orang sedang sibuk nak siapkan juadah berbuka puasakan...nadya nak ambil masa nie sekejap untuk kongsi sedikit info yang berguna pada korang semua...moga apa yang nadya kongsikan nie bermanfaat kepada semua...insyaALLAH...
nadya nak tanya,sape yang nak nampak muda sentiasa walaupun umur dah makin meningkat tapi orang masih lagi pandang kita nampak muda?sape nak?angkat tangan cepat! hahaha...okeyh la yek...meh nadya share petua untuk kekal awet muda...tak perlu nak pakai botox or cucuk tang situe,cucuk tang sini,xperlu yek...kita lakukan secara natural...
meh kita godek-godek kat bawah nie dengan senang hatinya...
# gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan dibwah dagu...pusing jari ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi..Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi... Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan...
2. bangun pagi terus baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi...Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati...lepas tue baru teguk...Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah gosok gigi...
3. Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala...
4. Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum tiga teguk air suam...Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda...
5. Selepas itu lakukan senaman ringan...Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput...Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun...
6. Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat...
7.Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan...
8. Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat..
9. Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi...
10. Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air...
11. Minumlah setelah setengah jam selepas makan...
12. Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah...
13. Amalkan solat tahajud...
14. Sentiasa tenang dan bersikap positif...
15. Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah...
16. Maafkan semua orang sebelum tidur...
sumber dari: iluvislam
2 comments:
Menarik ni..
Nanti leh try amalkan..
thanks..
sangat dialu-alukan...isnyaALLAH berhasil... =)
Post a Comment