woke up from bed...again with headache n bellyache... i don't know why...but it's ok...everyday i'm looking forward to update my blog...but sometimes,i really don't have any idea to write...okeyh la...smbg entry gne malay la... cam bse tiap pagi nadya mesti blogwalking dlu...n ari nie nadya jumpe satu entry yg sgt best...bertajuk Undurkanlah dirimu wahai si pencinta! kerna dia tidak menginginkanmu! ... owner dye Muawiyah...nadya ske blog dye coz byk nsht n sal keagamaan...so,ley la kita jadikkan pnduan kan... ada satu ayat yg nadya ske lam entry tue...actually dua la...
first,"Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum"... tapi kadang2 senang untuk kita bercakap...tapi hati yg merasa tue pedih kan...coz hati orang kita mmg tak tahu & xley nk bce...mungkin kita ikhlas sygkan seseorang tapi tak semestinya seseorang itu ikhlas sygkan kita...(cinta)...
ada sebab kenapa ALLAH pertemukan kita dengan orang yang salah...supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA, supaya kita dapat menjadi penilai yg baik, supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH,supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA,supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH...
"Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan..." (Dale Carnagie)... ini cara terbaik untuk sygkan org lain...makin sikit kita mengharap,makin kurang la rasa kecewa lam diri bila di tinggalkan...
kata-kata yg dipetik dari blog Muawiyah:
Menangislah wahai si pencinta, menangislah untuk kebahagian si dia....kemudian, senyumlah wahai si pencinta untuk membantunya...bantunya supaya si dia dapat bersatu dengan orang yang dicintainya...janganlah kau tampakkan kesedihanmu kepada si dia...janganlah dirimu membuatkan si dia bersedih hati...sebaliknya teruslah tersenyum, teruslah mendoakannya dan pergilah kepada orang yang si dia cintai, supaya kau dapat memberitakan khabar gembira ini kepadanya, kerana dia tidak mengetahui bahawa orang yang kau cintai itu sebenarnya mencintainya...bantulah...bantulah...kerana itulah bukti cintamu yang ikhlas dan jujur....Selepas mereka bersatu, apa lagi tugasmu wahai si pencinta?...
tiada lagi...
undurkanlah dirimu darinya..kerana...
telah datangnya keputusan Allah...
tiada lagi...
undurkanlah dirimu darinya..kerana...
telah datangnya keputusan Allah...
p/s: Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.
p/s 2: Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu Coba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.
p/s 3: Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka
~ALLAH knows BESt!~♥
TAMMAT
.:: Think | Write | Post ::.
No comments:
Post a Comment