Tuesday, August 16, 2011

Mencari Redha Itu...

Salam Sayang Buat Semua...

Dalam sedar tak sedar, Ramadhan hanya tinggal 2 minggu je lagi...lagu-lagu raya pun dah mula berkumandang di corong-corong radio...terasa sedih pula bila ramadhan semakin hampir ke penghujungnya...harap dipanjangkan umur untuk bertemu lagi tahun depan... InsyaALLAH...sempena bulan ramadhan yang mulia nie,nadya tengok ramai kawan-kawan nadya mula berubah cara hidup mereka...Alhamdulillah...syukur sangat mereka di buka kan pintu hati mereka dan nadya untuk berubah...bukan mudah untuk kita perbaiki diri kita...semuanya akan mengambil masa yang agak lama untuk sepenuhnya berhijrah...tapi yakin la,setiap manusia akan mencapai titik perubahan dalam hidup mereka...hanya masa yang akan menentukan waktunya...


kadang-kadang,bila kita mula cuba untuk melakukan perubahan dalam hidup kita,akan ada pihak yang cuba melemahkan usaha kita untuk melakukan kebaikan...akan ada bibir-bibir yang mencemuh...tapi ingat lah,kalau kita tak merubah diri kita,siapa lagi yang mampu?bukan orang-orang disekeliling kita yang akan menolong kita bila kita dalam kubur nanti...apa yang perlu kita kejar adalah keredhaan dari ALLAH...

setiap orang ada keinginan untuk merubah diri mereka...ada keinginan itu dalam hati mereka untuk berhijrah ke arah yang lebih baik...sekiranya terdetik di hati kita untuk melakukan kebaikan, InsyaALLAH, ALLAH akan permudahkan jalan kita ke arah kebaikan...niat/ nawaitu adalah permulaan kepada sesuatu jalan dan akan membuka jalan yang seterusnya untuk kita...

laksanakan apa yang terniat dalam hati kita dengan perbuatan kita...usaha agar kita memperolehi redha dari ALLAH..perubahan dalam hidup bukan boleh dilakukan serta merta...sebaiknya dilakukan secara berperingkat supaya kita akan sentiasa tetap dijalan yang sepatutnya kita tuju...sesungguhnya redha ALLAH itu adalah pintu kepada kebahagian hidup kita di dunia dan akhirat...


perbetulkanla niat kita...cuba kita fikir balik adakah kita berbuat kebaikan untuk mendapat redha ALLAH semata-mata atau kerana untuk mendapatkan penghargaan dari orang disekeliling kita? tanya hati kita untuk setiap perkara yang akan kita lakukan...apa tujuan kita? gunakanlah akal yang telah dikurniakan ALLAH kepada kita untuk membezakan apa yang benar dan salah,apa yang seharusnya dan tidak seharusnya dilakukan...kita akan dapat penghargaan dari orang sekeliling sekiranya itu yang kita inginkan,tapi adakah itu berkekalan? tidak kan...semua tue hanya lah sementara sahaja...besar ganjarannya sekiranya kita berbuat kebaikan kerana ingin redha dari ALLAH..lakukan la kerana inginkan keredhaan ALLAH,pasti kita akan perolehi kebahagiaan...


untuk setiap apa yang kita lakukan,mestilah kita istiqamah kerana kita manusia yang tidak sempurna dan tidak akan pernah lari dari godaan syaitan dan dunia...pentingnya istiqamah supaya kita tetap di jalan yang betul...insyaALLAH...sebenarnya sangat mudah untuk kita tergelincir dari jalan kebaikan...minggu nie kita mungkin solat lima waktu berturut-turut berbanding sebelum nie,tapi dalam sekelip mata sahaja kita boleh meninggalkannya...subhanallah...nauzubillah...


ingatlah, "tangan yang diatas lebih baik daripada tangan yang dibawahnya..."

wallahu' alam Bishawa..








 
Enjoy Your Reading My dear! ^__^

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...