hola readers!!! lme x update blog nie...nsb baik la bersawang lagik... new header n background...yeah2!!!
okeyhhhh...skrg nie nk kongsi tips sket ngan korg sume especially golongan hawa kat luar sana yg sentiasa menitikberatkan tntg penampilan dri yek...
* ANDA TERASA MURUNG??? so, kenakan la persalinan kuning x kisah la samada kasut , baju or aksesori...believe me, korg pasti akan rasa hepy lam sekelip mata...hu3...
* WALAUPUN ANDA BERKULIT PUTIH, elakkan pkai warna-warna yang terlalu pucat... sebaiknya pilih la warna yg terang or warna gelap... so, seri kulit korg akan lebih terserlah ok!
* UNTUK YANG BERKULIT SAWO MATANG, elakkan warna2 yg terlampau terang...pilihan terbaik, korg akan kelihatan lebih cntik memakai warna cerah tetapi lembut...
* ANDA YANG BERUMUR 20-AN HINGGA 30-AN, yang memiliki tubuh yg cukup sempurna, sarungkanlah pakaian yang sedang 'in' dan bergaya la semahunya...
* RAMBUT KERINTING @ PERM, sgt sesuai utk korg yg mempunyai wajah berbentuk hati.. pastikan rmbut hanya separas dagu...
* BAGI ANDA YANG BERWAJAH BULAT, jangan kerintingkan rambut kerana ia menampakkan wajah anda lebih bulat...coz gaya kerinting adalah gaya yang berat...
* GADIS BERTUBUH TINGGI DAN BERISI, pilih gaun bercorak paling minimum...pakai tali pinggang atas sedikit dari pinggang untuk ilusi langsing...
* UNTUK ANDA YANG BERTUBUH PENDEK DAN BERISI, elakkan memakai 'legging' dengan kemeja labuh, ia hanya akan menampakkan betis korg lebih berisi...
* ELAKKAN MEMILIH 'SUN DRESS' yg terlalu labuh jika korg anda kecil dan rendah...pilihlah corak yang kontra untuk menyerlahkan lagi karisma diri...
* PENYAMAR NODA WARNA KUNING mampu menyembunyikan gelung hitam di bawah mata dengan baik.... kesan mata sembab atau lebam juga boleh juga dipudarkan...
* INGIN WARNA RAMBUT??? pilih warna drpd tona yang hampir sama dgn warna semulajadi rambut untuk melindungi rambut untuk melindungi kulit kepala daripada rosak...
* JIKA INGIN MENGENAKAN BULU MATA PALSU, pastikan korg memasangkan bahagian bulu mata yang panjang di bahagian tengah dan bukannya di hujung...