Thursday, January 20, 2011

Petanda Jodoh

Jodoh perkara yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita?Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar,mata untuk melihat dan akal untuk berfikir.

Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkap rahsia cinta yang ditakdirkan.Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi,spiritual dan fizikal antara keduanya.

Apabila bersama,masing -masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain.Lalu gerak hati mereka mengatakan,dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama.Benarkah ia seperti yang diperkatakan?


BERSAHAJA

  • Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon.Cuba perhatikan cara dia berpakaian,cara percakapan,cara ketawa serta cara makan dan minum.Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya sah dia berlakon. tetapi jika dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat,maka ia adalah calon hidup kita yang sesuai,Jika tidak mungkin dia bukan jodoh kita


SENANG BERSAMA
  • Walaupun selalu bersamanya,tidak ada sedikit pun perasaan bosan,jemu ataupun tertekan pada diri kita.Semakin hari semakin sayang kepadanya.Kita sentiasa tenang,gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.Dia juga merasainya.Rasa senang apabila bersama.Apabila berjauhan,terasa sedikit tekanan rasa ingin berjumpa dengannya.


TERIMA SEADANYA
  • Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan,dia tidak ambil peduli.Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini.Apa yang penting siapa kita sekarang.Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelum ini,dia tidak ambil hati langsung.Dia tahu kita adalah miliknya.Dia juga berkongsi kisah silamnya dan tidak menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita

p/s: terfikir samaada aku rse sume tue or x...hu3...



Enjoy Your Reading My dear! ^__^

2 comments:

Cik Shag said...

Tapi, still susah kan nak bezakan orang berlakon atau tidak. Hehe. Mungkin jodoh Shag belum jumpa lagi. Sebab tu tak rasa pape :P

Entri terbaru Shag : Penolong Kanan Kokurikulum. Oh tidak!

nadya e-man said...

shag: a'ah...kdg2 kte x thu org tue berlakon ke x...jujur or x...susah nk teka hati manusia kan...mgkin kte lam kategori yg sme...heeee...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...