Sunday, December 5, 2010

~*Info untuk Wanita~ Kanser Serviks*~



Kanser Serviks: nie yg selalu kita lihat lam tv kan...semangatnye dorg suh amek vaksin HPV...lau ada peluang,nadya pun nak jugak...kanser serviks bukannya isu lapuk...anything yg berkaitan ngan penyakit,amat pntg n x ley dipantg remeh jek..

untuk pengetahuan korg, kanser serviks nie atau kanser pangkal rahim merupakan kanser yang utama berlaku di kalangan wanita. Di seluruh dunia hampir setengah juta wanita menghidapi penyakit ini dan menyebabkan 
lebih daripada suku juta kematian.. Menurut perangkaan yang dikeluarkan oleh Daftar Kanser Kebangsaan 2003 ia merupakan kanser yang kedua kerap selepas kanser buah dada dan menyumbangkan kira-kira 12 % daripada keseluruhan kejadian kanser di kalangan wanita. Berbanding dengan negara lain, kejadian kanser pangkal rahim dinegara kita adalah tinggi. Pada tahun 2002 sahaja , terdapat sebanyak  lebih kurang 17.8 kes dicatatkan bagi setiap 100 000 penduduk berbanding dengan sesetengah negara maju seperti Amerika
Syarikat iaitu hanya 4.5 kes bagi setiap 100 000 penduduk...


PUNCA???

Salah satu faktor penyumbang utama kepada pembentukan kanser ini ialah jangkitan kuman Human
Papilloma Virus (HPV)  khususnya jenis 16 dan 18.  Kedua-dua jenis virus ini menyumbangkan 
kira-kira 70 peratus daripada keseluruhan kejadian kanser serviks yang disebabkan oleh virus HPV 
ini. Selebihnya adalah disebabkan oleh virus HPV jenis lain.  Secara umumnya, walaupun 
kebanyakan jangkitan HPV ini akan sembuh sendiri tetapi jika ianya berulang dan berterusan ia 
boleh menyebabkan berlakunya perubahan kepada  tisu di pangkal rahim dan  sebahagian boleh 
menyebabkan tisu tersebut bertukar menjadi kanser.  

BAGAIMANA???

Menurut kajian yang dijalankan, jangkitan HPV merupakan penyakit jangkitan kelamin yang paling kerap berlaku. Ia boleh menjangkiti lelaki dan wanita dan lazimnya  ia disebarkan melalui  hubungan seks. Kajian yang dijalankan di kalangan wanita di Amerika Syarikat mendapati sebanyak hampir 70 peratus wanita 
yang  aktif seks menjadi pembawa kepada  virus tersebut dalam seumur hidup mereka. Walaubagaimanapun kebanyakan mereka yang dihinggapi virus HPV in tidak mempunyai apa-apa tanda. Kesan yang lebih  ketara ialah apabila  jangkitan tersebut  berlaku pada wanita  secara berterusan dan berkekalan dimana sebanyak 10% daripada kalangan wanita yang dijangkiti akan mengalami perubahan pada tisu pangkal rahim dan seterusnya boleh berubah kepada kanser. Disebabkan jangkitan tidak mempunyai apa-apa tanda dan tiada ujian yang berkesan dapat dijalankan untuk mengesan virus HPV tersebut maka ujian pap smear secara 
berkala sahaja merupakan satu-satunya cara yang dapat mengesan masalah ini pada peringkat awal. 
Ujian pap smear dapat mengesan perubahan tisu pada pangkal rahim yang mungkin disebabkan oleh 
virus tersebut. Ini membolehkan ujian lanjut dibuat dan rawatan yang berkesan dapat diberikan diperingkat awal lagi. 

VAKSIN

Namun begitu vaksin tersebut hanya berupaya melindungi seseorang daripada dijangkiti virus HPV jenis 16 dan 18 yang bertanggungjawab menyebabkan kanser serviks dan virus HPV jenis 6 dan 11 yang
menyebabkan kejadian ketuat pada kemaluan. Walau bagaimanapun virus HPV 16 dan 18 hanya menyumbangkan sebanyak 70 peratus sahaja terhadap kejadian kanser serviks yang disebabkan oleh virus HPV dan selebihnya pula adalah  disebabkan oleh virus HPV jenis lain yang tidak dilindungi oleh vaksin ini. Tambahan pula vaksin ini pula hanya berkesan terhadap mereka yang  masih belum dijangkiti virus tersebut. Oleh itu penggunaan hanya dicadangkan kepada mereka yang belum melakukan hubungan seks  iaitu 
perempuan di dalam lingkungan umur 9-26 tahun atau mereka yang masih tidak terdedah kepada hubungan seks lagi atau masih belum mempunyai perubahan tisu pangkal rahim yang disebabkan oleh virus HPV tersebut. Sebanyak 3 dos vaksin harus diberikan dalam tempoh masa 6 bulan bagi memberikan perlindungan selama 4 tahun. Kajian mendapti vaksin tersebut sangat berkesan bagi menghalang jangkitan virus HPV 16, 18,6 dan 11 dan ini secara tidak langsung dapat mengurangkan risiko mendapat `kanser serviks. Walau bagaimanapun mereka yang menerima vaksin ini masih perlu menjalani ujian pap smear secara berkala kerana banyak lagi faktor risiko lain yang berkaitan dengan kanser serviks masih tidak dapat dicegah oleh vaksin ini seperti merokok, pendedahan awal kepada seks, jangkitan kuman Chlamydia, penggunaan oral kontraseptif, bilangan anak yang ramai, umur yang muda semasa mula melakukan hubungan seks dan sebagainya. Ujian pap smear ini harus dilakukan oleh semua wanita yang pernah melakukan hubungan seks  samada masih aktif ataupun sudah tidak melakukanya lagi. Ini  termasuklah mereka yang sudah  berpisah dengan pasangannya 
atau pun pasangannya telah meninggal dunia, kerana  perubahan tisu yang disebabkan oleh virus 
HPV kadang kala mengambil masa yang lama untuk bertukar menjadi kanser.

Kesimpulannya, kanser pangkal rahim adalah kanser yang kerap berlaku di kalangan wanita dan berpotensi untuk dicegah. Pengetahuan serta  kefahaman terhadap faktor-faktor penyebab kepada kanser ini serta keupayaan lelaki dan wanita untuk mencegah diri mereka dari perlakuan seks yang tidak sihat dan pelbagai pasangan, dapat meyumbangkan kepada pengurangan kejadian kanser  ini.






Enjoy Your Reading My dear! ^__^

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...