tangisan...sudah menjadi suatu kebiasaan bg manusia mengalirkan air mata...
tapi tahukah kite air mata yg mengalir tue mempunyai manfaatnya pada dri kite???
x semua yg tahu kan air mata memberi manfaat kepada kita...
menghindarkan kita drpd penyakit...nie bukan rekaan semata2...tapi telah ada kajian yg membuktikannya...
oley itu jgn la teragak2 utk mengalirkan air mata...
Antara faedah menangis ialah:
1. Membantu penglihatan. Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang boleh membuat penglihatan menjadi kabur.
2. Membunuh bakteria. Air mata berfungsi sebagai antibakteri .Tanpa ubat titis mata, sebenarnya mata sudah mempunyai proteksi sendiri. Di dalam air mata terkandung cairan yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 % bakteria yang tertinggal hanya dalam 5 minit. Contohnya bacteria yang terserap dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin, serta tempat-tempat yang mengandung bacteria
3. Mengeluarkan racun. William Frey, seorang ahli biokimia yang telah melakukan beberapa kajian tentang air mata menyatakan bahwa air mata yang keluar saat menangis kerana faktor emosinya ternyata mengandung racun. Jadi, keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa racun dari dalam tubuh terbawa dan dikeluarkan melalui mata.
4. Membantu melawan penyakit. Selain menurunkan level stres, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stres seperti tekanan darah tinggi. Bagaimanapun, perasaan tertekan dan di sakiti boleh membuat seseorang stres. Endapan stres yang terpendam dengan menahan tangisan inilah yang sering menimbulkan gejala tekanan darah tinggi dan penyakit lainnya yang dipicu oleh stres.
Kajian psikoterapi yang dilakukan memaklumkan bahawa mereka yang kerap menangis dapat menghindari penyakit tekanan darah tinggi, serta mengurangkan suhu badan dan melembutkan denyut nadi yang terlalu laju. Selain itu, menangis boleh menurunkan aras larutan mangan di dalam tubuh. Mangan, Mn ialah bahan mineral yang mengacu perasaan dan motivasi. Kajian mendapati air mata mengandungi 30 kali ganda lebih banyak mangan daripada serum darah. Dari sudut saintifik, menangis dan meraung mampu menenangkan perasaan.
Dr. William Frey telah mengkaji kandungan kimia yang terdapat di dalam air mata lantas melaporkan bahawa selain mangan, Mn air mata turut mengandungi musin, lipid, laktoferin, lipokalin, lakritin, imunoglobin, glukos, urea, garam dan kalium. Yang menariknya, salah satu adunan yang membentuk air mata ialah hormonn yang dipanggil ACTH (adrenocortocotropic hormone), hormone yang memangkinkan tekanan perasaan. Kerana tubuh membuang ACTH, kita selalunya berasa tenang dan puas selepas menangis.
Sesungguhnya, menagis bukan sahaja membuang toksin di dalam tubuh, ia mempunyai impak positif kepada psikologi. Malah perbuatan memendam perasan dan enggan mengeluarkan air mata akan memberikan kesan negatif kepada tubuh. Menurut Dr. Frey, jika kita menyorokkan perasaan, tubuh akan terdedah kepada masalah fizikal dan emosional.
*menangis la sekiranya hati berasa sedih dan terbeban dengan masalah kerana ia dapat mengurangkan kegusaran dihati kita...tidak salah utk menangis kerana menangis bukan bermakna kita lemah...
(Petikan daripada Sains dan Kehidupan oleh Shahril Hasrin Sanin, Kosmik, September 2008)
No comments:
Post a Comment